Jenis-Jenis Customer Yang Seller Suka

Hari ni iolls rasa nak kongsi Jenis-jenis  Customer Yang Seller Suka

Eh iolls seller mestilah iolls buat tajuk ni
uolls pun buatlah blog sendiri juga
tulis entry jenis jenis seller yang kami (customer) suka
hahaha

eh gurau je lah
jangan sensitif sangat noks

#1 BUDI BAHASA TINGGI

Situasi : nak minta tracking number

Abu (tukar nama perempuan sebab jarang sangat lelaki beli online)
Maria : Salam dear. Boleh minta tracking number tak? :)
Sejuk perut iolls baca. Terus rasa nak cepat cepat selak rekod bagi tracking number laju laju.

Rossa : Hello?! Tracking number pls? Takkan dari tadi driving tak habis? ATAU
Rossa : Hoi. Tracking mana? Ni hantar parcel ke tidak ni? Dah 24 jam I bayar takkan tak pos lagi?

Hamboih eloknya bahasa. iolls kalau macam ni iolls sengaja lengahkan.
kenapa? ingat kita seller ni binatang you ke takde hati perasaan?
u guris hati i, i delay tracking number you.


#2 SABAR DAN FAHAM SITUASI

Situasi : Parcel post Jumaat, kebetulan esoknya Sabtu pertama. So barang delay.

Maria : Yunk, kenapa parcel I belum sampai eh?
Seller : dear, i dah pos tapi pos tutup lah sabtu pertama, so monday kot barang u sampai.
Maria : Eh ye ke? Sorry i pun lupa pos tutup sabtu pertama. takpe i tunggu je. sorry ganggu u.
Seller : eh takpe dear, i seller i responsible dengan parcel i. sorry for delay k.

Rossa : hello. kenapa parcel i belum sampai?
Seller : dear, i dah pos tapi pos tutup lah sabtu pertama, so monday kot barang u sampai.
Rossa : apesal u tak pos khamis? i nak pakai baju tu isnin nanti tau. so now i nak pakai apa?

OMG. hmm. uolls kalau dekat tempat seller berdepan Rossa ni boleh botak kepala tau.

Itu saja. I seller i tak demand banyak.
Dapat customer yang sabar, faham dan ada budi bahasa pun i dah sujud syukur.
Tak perlu nak customer yang macam dari syurga turun beli online.
Asal tak dapat yang cerewet pun iolls dah sejuk hati.

Oh i nak bagi tips supaya seller sayang kat u as a customer;
tips nya ialah ;
selalulah ambil hati seller -- memang iolls seller tapi kalau customer baik-baik dan mesra cakap dengan iolls
sungguh, iolls tak berkira bagi free gifts selambak beserta diskaun hebat.

PS : so, uolls mungkin boleh kongsi jenis seller kesukaan after this? i lepas ni nak share about pre order dan ready stock pula. apa benda tu? sometimes customer tak faham beza kedua ni. tu yang asyik nak marah je bila barang delay.



Tips Membeli Online

Ada lah rasa nak berkongsi sedikit supaya boleh kurangkan sedikit kes scammer
iolls syukur alhamdullilah, belum pernah ditipu lagi,
jujur iolls membeli online, tapi bukan tahap shopaholics,
i hanya akan beli bila i tak pernah nampak benda tu dekat kedai,
i kat sabah noks, kau boleh kira apa kebenda je ada kat sini,
kalau ada pun mesti mahal

contoh ya tu hah kimono cardi tu
masa benda tu hot, mana ada kedai jual benda tu (kah i tak nampak),
so masa tu memang gigih juga hari hari servay ig nak beli
tapi asyik tak terbeli je, campur pos boleh sampai 60MYR camtu,
masa first-first dulu lah, sekarang murah jah

okay okay dah ter ke laut sedikit
ini tips i ye i kan jual barang
ada masa supplier utama takde stok
so kena cari supplier extra untuk cover pending order
i memang kalau menjual asyik rugi
selalu rugi sebab jenis nak menangkan customer ja
hahaha

so ni tips i masa i cari supplier dulu
ingat senang ke? i nak bagi transaksi besar ni
takkan cincai cincai google call terus transfer duit
bongok sangat noks kalau macam tu

what i do is ;
of course pertama i google search - nak tengok kat mana ada jual
and of course i list out more than 8 options,
after that i contact each and every one of them - minta quotations
tanya lah beli 1 berapa, beli 10 berapa, postage include ke tak,
buat table and make a comparison

lepas tu you google lah nama seller tu, try google no akaun dia,
nak tengok credibility and trustworthiness of the seller,
kalau from lelong.my memang akan ada testimoni dari previous cust kan
kalau seller tu ada fb/insta, check kawan-kawan/ follower dia,
kalau perlu contact kawan-kawan/follower tu and tanya

in my case i tak tanya
i just servay and analyse myself je

pastu ni part menarik,
always start your deal with as minimum amount as possible,
beli 1,2 barang sahaja dulu, nilai from there
dan doa banyak banyak supaya tak ditipu
i must say i always put a 50-50 feeling in my first deal with any seller
50-50 is i tak berharap sangat
tak letak harapan sangat barang tu as in display
tak letak harapan sangat benda tu cepat sampai
in fact tak letak sangat harapan benda tu sampai
always put myself in worst case
so i get ready for that
and alhamdullilah sebab tu i boleh senyum je bila barang sampai
sebab i tak jangka akan dapat barang tu kan
kira gamble la

so my ultimate advice is always start with small amount
kalau boleh less than 50MYR
in case kena tipu apa takde lah meraung sangat

wait. chup chup chup.
what if barang tak sampai-sampai?
i first akan tanya baik-baik bila pos.
lepastu my limit is 2 weeks
kalau dalam 2 weeks dari tarikh yang dipos (as per said) tu tak sampai-sampai
i akan start letak option dekat seller, nak refund or how
kalau dia dah pos of course dia tanak bagi refund

i hope my humble tips helps you a bit
walaupun i online seller, i minta uolls guna akal juga sebelum membeli,
jangan lah semua nak beli online

contoh ya, ubs cable nak kena jual 15MYR not include postage
U nak beli ke?
I tak kot. Kat Daiso berlambak.

jangan salahkan seller sangat bila keghairahan awak yang punca nya
mihmihmih



mana boleh camtu sayang



Okay.
First thing first,
mesti akan ada seorang dua buyer yang akan cerewet gila.
yang cerewet gila ni I tak fully blame they all,
mostly cerewet sebab first time membeli online,
tapi 95% (i random je) cerewet gila sebab pernah kena tipu online

lepas diri kena tipu online, habis semua orang berjual online dia was-was,
tapi tak pula berhenti beli online -.-

ini i cakap tentang i lah ye
before i jadi seller, of course i was a buyer too
now and then pun i still jadi buyer

so kalau setakat tracking lambat bagi i takde apa sangat jah
pada i, bila kita beli online pun kita kena guna akal sendiri
ni hah minggu depan boipren nak ajak dating
rasa diri nak pakai vogue the vass pastu beli online
kau dah nampak tulis pre-order eta isnin depan
kau nak pakai khamis ni, dalam pikiran suci kau isnin sampai selasa seller pos rabu aku dah dapat,

NO WAY
kau takleh pikir camtu sayang
kau kena ingat eta tu Expected Arrival, kami as a seller bukan ada kuasa nak perlaju courier kan,
ada kemungkinan sampai hari selasa, lepastu kita nak kena check stock,
awak kena ingat juga bila kita kata kita check stock ke wrapping ke apa,
kita buat by batch noks, bukannya barang sampai, i check barang u saja dan wrap barang u saja,
jauh sekali nak pos barang u saja, semua nya ikut batch lah, so expect some delay ya

ni sendiri salah perkiraan, pastu hari rabu dok maki sellers kat whatsapp bagai,
tak cukup dekat whatsapp kau tulis buruk-buruk dekat instag

eh ni bukan buyer i lah
tapi kengkawan i punya buyer i nampak
dalam hati i cuma mampu cakap kesian jah
pastu tadah tangan doa minta tuhan bagi i customer yang baik-baik sporting saja

boleh camtu eh?

PS : nanti esok lusa I share lah sedikit tips camne nak beli online agar tak tertipu sangat.

siapa saya

So..

How do we start this?
Hello. Im an online seller.
So since orang kata customer is ALWAYS right,
jadi I open this to share my experience,
bukan share sangat, cuma nak u all buyer to see from our views.

It aint easy. Yang kata we all untung banyak by being an online seller tu,
HAH! I tak tau yang lain tapi I tak untung banyak.
Kenapa? Baca next post.