Jenis-Jenis Customer Yang Seller Suka

Hari ni iolls rasa nak kongsi Jenis-jenis  Customer Yang Seller Suka

Eh iolls seller mestilah iolls buat tajuk ni
uolls pun buatlah blog sendiri juga
tulis entry jenis jenis seller yang kami (customer) suka
hahaha

eh gurau je lah
jangan sensitif sangat noks

#1 BUDI BAHASA TINGGI

Situasi : nak minta tracking number

Abu (tukar nama perempuan sebab jarang sangat lelaki beli online)
Maria : Salam dear. Boleh minta tracking number tak? :)
Sejuk perut iolls baca. Terus rasa nak cepat cepat selak rekod bagi tracking number laju laju.

Rossa : Hello?! Tracking number pls? Takkan dari tadi driving tak habis? ATAU
Rossa : Hoi. Tracking mana? Ni hantar parcel ke tidak ni? Dah 24 jam I bayar takkan tak pos lagi?

Hamboih eloknya bahasa. iolls kalau macam ni iolls sengaja lengahkan.
kenapa? ingat kita seller ni binatang you ke takde hati perasaan?
u guris hati i, i delay tracking number you.


#2 SABAR DAN FAHAM SITUASI

Situasi : Parcel post Jumaat, kebetulan esoknya Sabtu pertama. So barang delay.

Maria : Yunk, kenapa parcel I belum sampai eh?
Seller : dear, i dah pos tapi pos tutup lah sabtu pertama, so monday kot barang u sampai.
Maria : Eh ye ke? Sorry i pun lupa pos tutup sabtu pertama. takpe i tunggu je. sorry ganggu u.
Seller : eh takpe dear, i seller i responsible dengan parcel i. sorry for delay k.

Rossa : hello. kenapa parcel i belum sampai?
Seller : dear, i dah pos tapi pos tutup lah sabtu pertama, so monday kot barang u sampai.
Rossa : apesal u tak pos khamis? i nak pakai baju tu isnin nanti tau. so now i nak pakai apa?

OMG. hmm. uolls kalau dekat tempat seller berdepan Rossa ni boleh botak kepala tau.

Itu saja. I seller i tak demand banyak.
Dapat customer yang sabar, faham dan ada budi bahasa pun i dah sujud syukur.
Tak perlu nak customer yang macam dari syurga turun beli online.
Asal tak dapat yang cerewet pun iolls dah sejuk hati.

Oh i nak bagi tips supaya seller sayang kat u as a customer;
tips nya ialah ;
selalulah ambil hati seller -- memang iolls seller tapi kalau customer baik-baik dan mesra cakap dengan iolls
sungguh, iolls tak berkira bagi free gifts selambak beserta diskaun hebat.

PS : so, uolls mungkin boleh kongsi jenis seller kesukaan after this? i lepas ni nak share about pre order dan ready stock pula. apa benda tu? sometimes customer tak faham beza kedua ni. tu yang asyik nak marah je bila barang delay.



No comments:

Post a Comment